Nuffnang Ads

Gua Blog

Tuesday, January 31, 2012


Mari Kita Melintas

> lihat kanan, lihat kiri, lihat kanan, jom kita melintas
> ingat lagi x ayat iklan kat atas? ewah
> tu pun x betul sangat. nak lintas kena la pastikan xde kenderaan
> tu cerita iklan. ni cerita lain
> kreatif JKR negara dorang
- mane yg ok 2 try apply dlm design kowang erk??hehehhe...
1.
Photobucket
vandalisme yang cool

2.
Photobucket
yang pakai kasut je boleh. croc x boleh

3.
Photobucket

4.
Photobucket
sangat membantu kan

5.
Photobucket
kat line bengkok2 tu kereta kena follow

6.
Photobucket

7.
Photobucket

8.
Photobucket

Sumber : agakmasalah.blogspot.com

Kerusi Yang Cool

> kerusi merupakan alatan penting ketika bersiar2 di waktu petang.
> setelah penat berjalan, dapat la melepaskan lelah.
> bila kita duduk, paling kejap pun mesti 2 minit.
> so ada pihak yang kreatif, gunakan kerusi jadi tempat iklan.
> sambil duduk boleh baca iklan jap.


1.
Photobucket
kandungan dalam akhbar dia lagi padat la tu. konon2


2.
Photobucket
maksudnya: teruskan berjalan untuk bakar kalori


3.
Photobucket
syok duduk tiba2 ada penimbang pulak ye


4.
Photobucket
untuk makluman, ni iklan filem


5.
Photobucket
xpayah susah2 nak photoshop


6.
Photobucket
yang ni terbaik. sesuai letak dalam dewan periksa

Sumber : http://agakmasalah.blogspot.com

Iran Mungkin Mejadi Mangsa Baru Amerika Sayarikat Selepas........

ISRAEL, AS CARI SOKONGAN DUNIA UNTUK MEMUSNAHKAN IRAN...

TUJUAN UTAMA AS MEMYERANG NEGARA-NAGARA ISLAM ADALAH 

UNTUK MEREBUT HASIL MINYAK YANG ADA.

Iran dakwa kedua-dua sekutu mahu serang kemudahan nuklear di Tehran 
















TEHRAN: Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat cuba 
mendapatkan sokongan dunia bagi satu serangan tentera 
terhadap kemudahan nuklear negara itu, ketika Russia 
semalam memberi amaran bahawa ia akan menjadi 
'satu kesilapan yang amat besar.'
Ketegangan berlaku menjelang satu keputusan laporan 
minggu ini terhadap program nuklear Iran oleh Agensi 
Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana diplomat 
percaya ia akan menumpukan kepada dakwaan terhadap 
republik Islam itu memasang bahan nuklear dalam kepala 
peledak dan membangunkan program peluru berpandu.
Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual 
dengan akhbar Mesir, Al-Akhbar disiarkan semalam memberi 
amaran terhadap serangan tentera Iran dan sekali lagi 
menegaskan program nuklear Tehran adalah hanya 
untuk tujuan keamanan. 

Keupayaan Iran semakin meningkat dan semakin 
berkembang dan untuk sebab itu ia mampu untuk  
bersaing dengan dunia. Kini Israel dan Barat terutama 
Amerika Syarikat, bimbang keupayaan Iran dan 
peranannya,” kata Ahamdinejad kepada akhbar harian 
itu. 

“Sebab itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan 
antarabangsa bagi satu operasi tentera untuk 
menghentikan peranan (Iran). Mereka perlu tahu 
bahawa Iran tidak akan membenarkan mereka 
mengambil sebarang tindakan 
terhadap kami,” katanya. 

Ahmadinejad menambah bahawa Washington mahu 
menyelamatkan entiti Zionis tetapi ia tidak mampu 
untuk melakukannya. 

“Entiti ini (Israel) boleh dibandingkan dengan satu 
pemindahan buah pinggang dalam satu tubuh yang 
menolaknya. Ya, ia akan runtuh dan penamatnya 
semakin hampir,” katanya. 

Serangan mulut Ahmadinejad terhadap Israel, gerbang 
musuh Iran, dibuat selepasPresiden Israel Shimon 
Peres memberi amaran dalam satu temubual televisyen 
pada hari Sabtu bahawa serangan ke atas Iran 
berkemungkinan besar akan dilakukan. Ia berikutan satu 
komen yang disiarkan pada hari Ahad oleh itu akhbar 
harian Israel, Hayom yang menyatakan: “Kemungkinan 
satu serangan ketenteraan terhadap Iran kini semakin 
hampir berbanding pilihan diplomatik.” 

“Kita perlu terus tenang dan menolak tekanan supaya 
kita boleh memikirkan setiap alternatif,” kata Peres. 

Merujuk kepada komen Peres, Menteri Luar Russia, 
Sergei Lavrov memberi amaran di Moscow dan 
menentang serangan tentera terhadap Iran. 

“CAMPUR TANGAN TENTERA HANYA AKAN MEMBAWA 

KEPADA MENINGKATNYA KEMATIAN DAN KESENGSARAAN 

MANUSIA. JIKA DILAKUKAN, IA ADALAH SATU KESILAPAN 

BESAR,” KATA LAVROV.  



Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 – Letupan Solar
Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ini tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).
Ribut magnet yang melanda ini dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa. Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.
Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.
Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Berikut beberapa gambar suasana di matahari ketika berlaku letupan solar atau disebut solar flare yang berlaku pada hari Ahad lalu :
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Berikut ialah gambar pemandangan kesan ribut magnet yang berlaku di Scotland, selatan England dan utara Ireland :
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
Video letupan solar :
Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot yang selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis  Amerika baru-baru ini meramalkan yang  tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat  atau dikenali Solar Blast.
Sejak tersebarnya berita ini, ramai yang membuat ramalan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012, namun sebagai umat islam kita perlu berpegang pada akidah kita sebagai umat Islam sesungguhnya hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Walaubagaimanapun,  kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripadaNya.
Sumber : Nurizspace | Huffingtonpost | http://www.decrewz.com

Monday, January 30, 2012


Part-time cuti sem?

Mesti ramai student2 IPT yang dah ada plan nak kerja part-time lepas exam kan.So, siapa2 yang berminat nak kerja part-time cuti sem ni, aku nak kongsi sikit guide dengan korang.



EPF
Ramai yang tak tahu. Ataupun tahu tapi tak nak ambil port. Sebenarnya part-timers layak dapat EPF & Socso. Benda ni ada dalam Employment Act dan wajib untuk majikan. Kalau korang kerja 2.5 hingga 5.5 jam, korang adalah kategori part time workers. Tapi ramai part-timers yang tak dapat EPF. Itu terserahlah pada individu kalau nak halalkan ke apa. Aku just nak bagitau yang korang layak & berhak.


Gaji
Part-timers selalu kagum kalau gaji bayar ikut jam. Dengar RM7-8 sejam dah suka dah. Korang rasa gaji sehari tu murah. Jangan salah anggap eh. Selalunya gaji sejam yang mahal ni, nak pakai orang untuk beberapa jam je. So korang tak ada harapan nak kumpul hours banyak2. Maybe ade jugak kot. Rezeki masing2 ah. Cuba bandingkan kat bawah ni:

MCD :
Katakan RM7 sejam (ni pun untuk midnight shift je, kalau siang murah sikit).
Kerja 5 jam (Kira hours standard lah)
Seminggu 4 hari (Kalau student agak jarang berlaku)

$ = RM7 X 5 jam X 4 hari
RM 140 seminggu


Banquet / crew catering:
RM 80 sehari
Kerja 6 jam (4 petang - 11 malam. Event dinner/harijadi lah contoh)
Seminggu 2 hari (Sabtu & Ahad)

$ = RM80 X 2 hari
RM 160 seminggu


Ada beza kan? Tenaga & masa untuk kerja tak sama. Aku suggest pada korang yang ada transport tu, search coming event kat kawasan korang macam karnival buku/pesta perkahwinan ke apa2. Contact person yang in-charge event tu. Biasanya dorang perlukan orang untuk kerja sepanjang event tu. Lagi2 kalau korang jenis yang boleh buat kerja ad-hoc.


Jenis kerja
Orang yang suka kerja part-time selalunya prefer kerja kat company2 besar.Macam fast food, watson, butik dll. Sebab company tu sure ada polisi untuk part-time, gaji mahal, tak kena tipu & macam2 lagi sebab. Tapi, ikut pengalaman aku part-time ni boleh buat kat mana2 je selagi majikan tu kata ok.

Aku dapat buat part-time kat pusat tuisyen yang iklan dia tak ada tulis pun nak pekerja part-time. Alhamdulillah dapat. Kerja aku cuma tanda homework budak dan jaga data2 yuran, markah ape semua. Tak mengajar pun.

So bukalah mata korang dalam mencari kerja part-time. Jangan limitkan diri ikut keadaan biasa. Macam2 jenis kerja korang boleh buat. Aku pernah dapat offer untuk tolong drive bos aku gi KL. Pastu dia bayar RM50 sebab malam. Padahal tak ada kena mengena pun dengan tuisyen. Amacam? How cool is that? Kalau kena gaya maybe korang dapat terus kerja walaupun dah start sem baru. All the best.


Ni aku nak share satu hadis yang berguna untuk motivate pekerja2 part-time.
"Wahai hamba-hambaKu sesungguhnya setelah terbit fajar, melatalah (bergerak, berjalan) kamu di atas muka bumi-Ku, nescaya rezeki-Ku ada"
Sila fahamkan. Sekian...

Sumber : http://afiqah-ariffin.blogspot.com

Mesti Baca : 7 Sunnah Penting!!!


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua...

Sumber : http://www.malaysiasensasi.net
6 Sifat Perempuan Yang Menjijikkan &


Tidak Boleh Dijadikan Isteri





Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.

Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.


Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.


Jadi dibawah ini diperturunkan Enam Sifat Perempuan Yang Menjijikkan, dan Tak boleh di Jadikan Isteri:


1. Al-Anaanah:

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan



Sumber : http://beritabulan.blogspot.com & wordsandtoons.com

TUMPANG LALU...