Nuffnang Ads

Gua Blog

Tuesday, January 31, 2012

Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 – Letupan Solar
Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ini tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).
Ribut magnet yang melanda ini dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa. Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.
Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.
Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Berikut beberapa gambar suasana di matahari ketika berlaku letupan solar atau disebut solar flare yang berlaku pada hari Ahad lalu :
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Berikut ialah gambar pemandangan kesan ribut magnet yang berlaku di Scotland, selatan England dan utara Ireland :
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012

Video letupan solar :
Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot yang selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis  Amerika baru-baru ini meramalkan yang  tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat  atau dikenali Solar Blast.
Sejak tersebarnya berita ini, ramai yang membuat ramalan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012, namun sebagai umat islam kita perlu berpegang pada akidah kita sebagai umat Islam sesungguhnya hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Walaubagaimanapun,  kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripadaNya.
Sumber : Nurizspace | Huffingtonpost | http://www.decrewz.com

No comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU...