Nuffnang Ads

Gua Blog

Monday, January 30, 2012


Part-time cuti sem?

Mesti ramai student2 IPT yang dah ada plan nak kerja part-time lepas exam kan.So, siapa2 yang berminat nak kerja part-time cuti sem ni, aku nak kongsi sikit guide dengan korang.



EPF
Ramai yang tak tahu. Ataupun tahu tapi tak nak ambil port. Sebenarnya part-timers layak dapat EPF & Socso. Benda ni ada dalam Employment Act dan wajib untuk majikan. Kalau korang kerja 2.5 hingga 5.5 jam, korang adalah kategori part time workers. Tapi ramai part-timers yang tak dapat EPF. Itu terserahlah pada individu kalau nak halalkan ke apa. Aku just nak bagitau yang korang layak & berhak.


Gaji
Part-timers selalu kagum kalau gaji bayar ikut jam. Dengar RM7-8 sejam dah suka dah. Korang rasa gaji sehari tu murah. Jangan salah anggap eh. Selalunya gaji sejam yang mahal ni, nak pakai orang untuk beberapa jam je. So korang tak ada harapan nak kumpul hours banyak2. Maybe ade jugak kot. Rezeki masing2 ah. Cuba bandingkan kat bawah ni:

MCD :
Katakan RM7 sejam (ni pun untuk midnight shift je, kalau siang murah sikit).
Kerja 5 jam (Kira hours standard lah)
Seminggu 4 hari (Kalau student agak jarang berlaku)

$ = RM7 X 5 jam X 4 hari
RM 140 seminggu


Banquet / crew catering:
RM 80 sehari
Kerja 6 jam (4 petang - 11 malam. Event dinner/harijadi lah contoh)
Seminggu 2 hari (Sabtu & Ahad)

$ = RM80 X 2 hari
RM 160 seminggu


Ada beza kan? Tenaga & masa untuk kerja tak sama. Aku suggest pada korang yang ada transport tu, search coming event kat kawasan korang macam karnival buku/pesta perkahwinan ke apa2. Contact person yang in-charge event tu. Biasanya dorang perlukan orang untuk kerja sepanjang event tu. Lagi2 kalau korang jenis yang boleh buat kerja ad-hoc.


Jenis kerja
Orang yang suka kerja part-time selalunya prefer kerja kat company2 besar.Macam fast food, watson, butik dll. Sebab company tu sure ada polisi untuk part-time, gaji mahal, tak kena tipu & macam2 lagi sebab. Tapi, ikut pengalaman aku part-time ni boleh buat kat mana2 je selagi majikan tu kata ok.

Aku dapat buat part-time kat pusat tuisyen yang iklan dia tak ada tulis pun nak pekerja part-time. Alhamdulillah dapat. Kerja aku cuma tanda homework budak dan jaga data2 yuran, markah ape semua. Tak mengajar pun.

So bukalah mata korang dalam mencari kerja part-time. Jangan limitkan diri ikut keadaan biasa. Macam2 jenis kerja korang boleh buat. Aku pernah dapat offer untuk tolong drive bos aku gi KL. Pastu dia bayar RM50 sebab malam. Padahal tak ada kena mengena pun dengan tuisyen. Amacam? How cool is that? Kalau kena gaya maybe korang dapat terus kerja walaupun dah start sem baru. All the best.


Ni aku nak share satu hadis yang berguna untuk motivate pekerja2 part-time.
"Wahai hamba-hambaKu sesungguhnya setelah terbit fajar, melatalah (bergerak, berjalan) kamu di atas muka bumi-Ku, nescaya rezeki-Ku ada"
Sila fahamkan. Sekian...

Sumber : http://afiqah-ariffin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU...