Nuffnang Ads

Gua Blog

Monday, February 27, 2012


Pencuci Mulut Apa Mahal Sangat Sampai $34,440??


Biar betul diorang ni..Benda kecik cinonet macam ni letak harga sampai berpuluh ribu, itu baru dalam nilai Dolar U.S tu, kalau dalam RM Malaysia??..Sendiri mau paham laa, hahahaha =D


Tapi aku musykil jugak, letak harga mahal-mahal macam harga kereta, rasa dia macam mana pulak??..Sedap ke??..Kalau rasa kena dengan harga, berbaloi jugak la bawak keluar duit berkoyan-koyan macam tu, kalau tak, konpem hangin satu badan punya =D


Apa bahan yang diorang guna sampai mahal macam ni just untuk satu puding?..Kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang diorang guna adalah:


1. Se-lapisan "daun emas" yang boleh dimakan.
2. Se-lapisan jeli champagne
3. Setiap lapisan puding ni pulak diorang guna 4 jenis coklat Belgian terbaik yang ada kombinasi rasa oren, peach dan whiskey.
4. Ceri kat atas tu hiasan biasa ja, tapi yang bagi harga dia mahal tu sebab diorang guna hiasan berlian 2 karat kat atas puding tu!


So, itu la sebab nya kenapa puding tu jadi mahal..Agak-agak berlian yang jadi hiasan tu boleh makan sekali tak??..hahahaha =D



Sumber : drysheet.blogspot.com

Lelaki Soleh Idaman Wanita...


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah “handsome 
kah aku?”, “adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?” dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah 
di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka 
anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!


Sumber : myibrah.com

TUMPANG LALU...