Nuffnang Ads

Gua Blog

Tuesday, January 31, 2012


Iran Mungkin Mejadi Mangsa Baru Amerika Sayarikat Selepas........

ISRAEL, AS CARI SOKONGAN DUNIA UNTUK MEMUSNAHKAN IRAN...

TUJUAN UTAMA AS MEMYERANG NEGARA-NAGARA ISLAM ADALAH 

UNTUK MEREBUT HASIL MINYAK YANG ADA.

Iran dakwa kedua-dua sekutu mahu serang kemudahan nuklear di Tehran 
















TEHRAN: Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat cuba 
mendapatkan sokongan dunia bagi satu serangan tentera 
terhadap kemudahan nuklear negara itu, ketika Russia 
semalam memberi amaran bahawa ia akan menjadi 
'satu kesilapan yang amat besar.'
Ketegangan berlaku menjelang satu keputusan laporan 
minggu ini terhadap program nuklear Iran oleh Agensi 
Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana diplomat 
percaya ia akan menumpukan kepada dakwaan terhadap 
republik Islam itu memasang bahan nuklear dalam kepala 
peledak dan membangunkan program peluru berpandu.
Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual 
dengan akhbar Mesir, Al-Akhbar disiarkan semalam memberi 
amaran terhadap serangan tentera Iran dan sekali lagi 
menegaskan program nuklear Tehran adalah hanya 
untuk tujuan keamanan. 

Keupayaan Iran semakin meningkat dan semakin 
berkembang dan untuk sebab itu ia mampu untuk  
bersaing dengan dunia. Kini Israel dan Barat terutama 
Amerika Syarikat, bimbang keupayaan Iran dan 
peranannya,” kata Ahamdinejad kepada akhbar harian 
itu. 

“Sebab itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan 
antarabangsa bagi satu operasi tentera untuk 
menghentikan peranan (Iran). Mereka perlu tahu 
bahawa Iran tidak akan membenarkan mereka 
mengambil sebarang tindakan 
terhadap kami,” katanya. 

Ahmadinejad menambah bahawa Washington mahu 
menyelamatkan entiti Zionis tetapi ia tidak mampu 
untuk melakukannya. 

“Entiti ini (Israel) boleh dibandingkan dengan satu 
pemindahan buah pinggang dalam satu tubuh yang 
menolaknya. Ya, ia akan runtuh dan penamatnya 
semakin hampir,” katanya. 

Serangan mulut Ahmadinejad terhadap Israel, gerbang 
musuh Iran, dibuat selepasPresiden Israel Shimon 
Peres memberi amaran dalam satu temubual televisyen 
pada hari Sabtu bahawa serangan ke atas Iran 
berkemungkinan besar akan dilakukan. Ia berikutan satu 
komen yang disiarkan pada hari Ahad oleh itu akhbar 
harian Israel, Hayom yang menyatakan: “Kemungkinan 
satu serangan ketenteraan terhadap Iran kini semakin 
hampir berbanding pilihan diplomatik.” 

“Kita perlu terus tenang dan menolak tekanan supaya 
kita boleh memikirkan setiap alternatif,” kata Peres. 

Merujuk kepada komen Peres, Menteri Luar Russia, 
Sergei Lavrov memberi amaran di Moscow dan 
menentang serangan tentera terhadap Iran. 

“CAMPUR TANGAN TENTERA HANYA AKAN MEMBAWA 

KEPADA MENINGKATNYA KEMATIAN DAN KESENGSARAAN 

MANUSIA. JIKA DILAKUKAN, IA ADALAH SATU KESILAPAN 

BESAR,” KATA LAVROV.  


No comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU...