Nuffnang Ads

Gua Blog

Monday, September 10, 2012

~MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef~


Assalam & Salam Sejahtera 'Readers'...

Mesti korang pernah dengar kan pasal produk myChef... Produk ni merupakan inovasi terkini bagi masakan daripada menu timur & juga barat yang mana ia menggunakan kaedah sejuk beku bagi menjaga mutu, rasa dan kualiti masakan sebelum ianya bakal disajikan. So, bagi warga kota yang sentiasa diburu kesibukan tu, boleh la mencuba produk ini, yang pastinya mudah, ringkas dan semestinya mutu serta rasanya dijamin terbaik.
So, untuk entry kali ni, saya nak kongsikan resepi yang diolah daripada produk myChef iaitu dengan menggunakan produk daripada hidangan Ayam Kalio myChef yang mana resepinya adalah hasil cetusan idea & air tangan chef selebriti Malaysia yang terkenal iaitu Chef Ismail. Maka terhasilah hidangan MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef.
Resepi ni sebenarnya ringkas, enak dan semestinya berkhasiat. Sebelum ni ada terbaca kat muka buku pasal myChefs The Gourmet Blog Challenge yang dianjurkan oleh myChef. So, alang2 try 'menginovasikan' resepi tu, cuba lah nasib dengan hantar penyertaan untuk cabaran tu. Mane tau, ade rezqi... Walaupun saye ni blogger yang baru mula menapak dalam lapangan blogging nih, cuba la juga join.
So, ni adalah bahan-bahan untuk resepi MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef

Bahan-bahannya :

  • 1 Kotak produk myChef Ayam Kalio 
  • 2 Biji Mee Sanggul (dicelur)
  • 1 Biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 Ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 Ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 2 Biji telur (Gred A)
  • 1/2 biji lada benggala (dipotong dadu)
  • 100 Gram sayur campuran (Lobak merah, jagung & kacang peas)
  • 70 Gram keju Cheddar
  • 2 Sudu besar mayonis
  • 2 kelopak kubis
  • Sedikit salad, daun ketumbar & tomato ceri sebagai hiasan dan ulam.
  • Sedikit minyak Zaitun untuk menggoreng
  • Sedikit garam dan lada sulah.

Cara untuk menyediakan MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef :

1. Panaskan myChef Ayam Kalio kat dalam microwave untuk 4 ke 5 minit bagi mendapatkan kuah yang sedikit kering. Ia boleh juga dipanaskan di atas kuali biasa dengan api yang sederhana.Kemudian potong sehingga kecil lagi daging Ayam Kalio tersebut (buangkan tulang sekiranya ada)
2. Celur mee sanggul di dalam air mendidih sehingga mee sanggul lembut kemudian toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan sekali 1 camca minyak zaitun dan gaul sebati. Ketepikan dahulu.
3. Celur 100 Gram sayur campuran dan kentang yang sudah dipotong dadu sehingga empuk.
4. Masukkan myChef Ayam Kalio ke dalam mangkuk besar bersama-sama mee sanggul, sayur campuran, kentang serta keju Cheddar. Gaul sehingga sebati dan ketepikan seketika supaya rasa bahan-bahan tadi mesra.
5. Pukul telur bersama sedikit garam, lada sulah, mayonis, lada benggala, bawang putih dan bawang besar sehingga sebati.
6. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan dadar adunan telur yang sudah sebati tadi sehingga separuh masak. Kemudian, tuangkan adunan mee sanggul yang diadun sebati tadi di atasnya dan tutupkan mee sanggul tadi dengan telur yang sedang di dadar tadi seperti membuat roti murtabak. 
7. Gorengkan lagi sehingga warnanya bertukar kepada masak kekuningan dan ianya sedia untuk dihidang mengikut kreativiti serta inovasi masing-masing.


So, ni lah dia hasilnya...
Dengan menggunakan produk Ayam Kalio myChef yang 
sememangnya enak, berkhasiat,kurang lemak
 dan semestinya mudah disediakan...
- Hidangan diatas sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu serta boleh juga dijadikan sebagai pembuka selera, kerana ianya sedap, berkhasiat dan semestinya dapat menambat selera siape pun yang melihatnya. So, ape lagi. Jom dapatkan produk myChef di pasaraya berhampiran anda dan try resepi yang ringkas dan lazat ni. 

-Resepi dan entry kat atas ni merupakan penyertaan sulung saye dalam cabaran myChef The Gourmet Blog Challenge yang dianjurkan oleh myChef, Simply Delicious... So, sape2 nak join boleh la klik image kat bawah ni..
Dan jangan lupa untuk klik like untuk resepi ni kat link ni ye... 



Terima kasih dan selamat mencuba... :)

Saturday, July 28, 2012

Makan De' Mana???
~Tupai2 Restaurant & Cafe, Shah Alam...~

Assalam & Salam Sejahtera 'Readers'...
Bunyi macam pelik kan name restoran kat atas tuh. Tapi itu la name yg diberi utk sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Tapi name yg pelik ni la yang dah jadikan restoran ni femes seantero Shah Alam ni. Hehe.. Jom intai2 ape yg aku & kengkawan dah 'try' kat restoran ni...

OK...ni menu book die..boleh katekan berpuluh2 menu ade kt dalam tuh.

Masalah parking korang tak payah risau la kan...

Ok..ni pulak antare menu yg aku nak suggest kat pembace semue...

Dan ni lagi satu menu... :) (lupe pulak name menu ni.hehe...)

Kat Tupai2 ni, korang xpayah risau
kalau korang datang solo @ berkumpulan.Sebab, ade banyak 
pilihan saiz meje & bilangan tempat duduk pun boleh tahan banyak jugak la..

Ni bahagian penyediaan air... Bab2 kebersihan, aq bagi 
4 bintang setengah... :)

Ni antare 'speciality' kat Tupai2 ni.. Makan de' bawah pokok kelapa..
Kt tengah2 'town' pulak tu kan.

Bg yg datang dengan 'family', tempat ni memang sesuai
untuk buat 'gathering' or makan2...

Ni air 'favourite' aku..Tapi, kat sini aq bg
'double star' sebab dorang letak hirisan 'real fruit' kat dlm air ni...
Memang best... :)

Ni pulak 'carrot' susu.. Die punye pati memang pekat n puas hati...

Ni pulak air soursop @ durian belanda. Dorang tak pakai kordial tau.. 
Hehe... Semua dikisar segar...

Ni antare ruang makan yg selalu jd pilihan 'customer'...

Menu die memang banyak sampaikan cik kak ber2 ni, Atin & Pika 
pun pening nak pilih.. Hehe...

Yg kat atas mcm ala2 dewan terbuke tu pulak 
ruang untuk sesiapa yg pilih hidangan secare 'buffet'..

Lepas makanan dh sampai, kite mulekan dengan Doa Makan ok??? 
Selamat Menjamu Selera... :)

P/S : Thankzs to Falihin,Safiy,Pika & Atin sebab bawak aq makan2 kat sini. Sape2 nak tau lebih lanjut lagi pasal  Tupai2 ni, boleh singgah kat link sebelah ni.. FB Tupai2...

Sunday, July 22, 2012


Keajaiban Alam Di Gurun Gobi. Subhanallah...

Terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China dan dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat nie satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat nie menyerupai bentuk bulan sabit. Sejak tahun 1960 kedalaman air tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman air kat tasik nie.Harap korang layan dengan gambar-gambar kat bawah nie...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, July 17, 2012

Makan De' Mana???
~Snogurt Oasis 9 @ Seksyen 9, Shah Alam...~

Assalam & Salam Sejahtera 'Readers'...
Korang pernah rase tak "FroYo" a.k.a 'Frozen Yogurt'? Die punye rase bagi aku same je macam yogurt berperisa yang ade kat kedai tapi dalam versi beku.. Hehehe... So, ala2 aiskrim yogurt camtu la. 



So, baru2 ni aku ajak la kakak aku try "FroYo" ni. Kalau kat 'area' Shah Alam nih, mungkin senang sikit kot nak dapatkan "FroYo" ni. So, kitorang pun 'try' la "Snogurt" kat Seksyen 9. 


Lokasi Snogurt Oasis 9 ni agak senang nak carik. So, bagi sape2 nak try, boleh la bertandang ke mari. Dengan variasi perisa yang agak banyak, so pening jugak mula2 tu nak pilih.












Tapi kalau kat Snogurt Oasis 9 ni, cume ade beberapa perisa jerk. Tp, tu pun dah memadai bagi aku. Ni antara varian @ 'flavour' yg ade kat Snogurt Seksyen 9.
*Screaming Apple & Original

*Mango Passion & Chic Chocolate

*Kiwi & Wild Berries

*Butter Cookies & Shy Lychee (Pilihan Utama Aku)

So, setakat ni, dah 3 kali aq 'singgah' kt sini. Dengan keadaan kedai yg bersih, kemas n nampak teratur, tambah pulak dengan die punye 'manager' & staf yang memang rajin & ramah melayan pelanggan yg datang, kadang2 rase mcm kami ni dh lame kenal pulak. 
Kalau bawak kanak2, memang ni la tempat pilihan dorang

Kedai sentiasa dlm keadaan bersih

Susunan mesin yogurt yg mudah dicapai 
(budak2 kene menjengkit sikit la)

Pilihan 'topping' agak banyak & menarik

Kalau nk isi 'topping' tu, kene beragak2 sikit... :)

Sesuai utk seisi keluarga (mcm iklan perabot plak)

Hahhh... Ni la 'branch manager' & staf yg aku nk kenalkan kat korang tu... 
Layanan dorang mmg '1st Class'. Terima kasih...(kredit tok dorang)

Suasana & 'interior design' yg ceria & menarik...

Ni la yg menarik minat aku & kakak aku sebenarnye. HeHeHeee... :)

Ni pulak ade promosi sepanjang bulan Ramadhan yg bakal tibe nanti. 
So, kalau2 ade yg berminat, rajin2 lah berkunjung ke sane yer...

So, korang yg dah bace entry aku kali ni ape lagi, jom la ramai2 ke Snogurt. InsyaAllah, korang xkan hampa... :) Nk tau lebih lagi, korang boleh la klik 'link' ni Snogurt Oasis 9 & ni Snogurt Malaysia

Wassalam...

P/S : Rajin2 lah komen pasal entry kali ni yerk sahabat sekalian... :) Terima kasih.

TUMPANG LALU...