Nuffnang Ads

Gua Blog

Monday, January 30, 2012


Trend Letak Anak Patung Pada Bumper

Kereta



Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”
“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”
“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”
“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.



Sumber : http://yang-arif.blogspot.com

Sunday, January 29, 2012


10 Projek Bangunan Menakjubkan di 

Dunia Yang Gagal Dibangunkan


Daripada tajuk post pun mesti mesti ade yang dah tau tentang projek2 ni kan. Tp ni antara projek mega yang kita rase macam dah direalisasikan tp sebenarnya, TERBENGKALAI.. So, jom kite layann dlu fakta ni...


10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City 




9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois

 


8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England 

 


7. Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois

 


6. Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France 




5. Tatlin’s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia 

















4. Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan 



























3. Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany



2. Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union 




1. Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California 



Sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com

Menu Sarapan Dari Pelbagai Negara

Untuk post pasal makanan kali ni, jom kite tinjau2 ape yang dimakan sebagai sarapan pada setiap pagi dari meja di serata dunia.. Jomm...

Scottish breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts

Scottish breakfast - Hati dan paru-paru kambing biri-biri yang cincang dengan bawang, oatmeal, rempah, garam..

Thai breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Thailand’s breakfast - Nasi yang dihidang dengan ikan dan daging babi yang manis & pedas

indian breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Breakfast in India – Kentang panggang rosemary, tofu scramble, sosej sayur dan  roti bakar 

French breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
French breakfast – Croissant dimakan dengan badam cincang, mentega, coklat atau krim.

amerifca 50 of the World’s Best Breakfasts
American breakfast - Pancakes dengan sirap dan beri biru, dimakan dengan bacon.

German1 50 of the World’s Best Breakfasts
German breakfast – Keju dan sosej.

Alaska breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Alaskan breakfast – Daging rusa, telur dan pancake.

Philippines e1312474301538 50 of the World’s Best Breakfasts
Philippines breakfast – Nasi dengan sosej, telur, daging dan kekacang serta buah-buahan seperti mangga.

Danish breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Breakfast in Denmark - Roti, keju, salami, ham, pate, madu, daging salai
 dan potongan kek coklat.

Welsh rarebit1 50 of the World’s Best Breakfasts
Welsh breakfast – Cheese on toast 

Italiano 50 of the World’s Best Breakfasts
Italian breakfast – Cappuccino and croissant

Brazilian Breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Brazilian breakfast - Daging, keju dan roti 

Australian 50 of the World’s Best Breakfasts
Breakfast in Australia – Roti dan Vegemite

Portuguese breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
 Breakfast in Portugal – Croissants dan kopi. 

Iceland 50 of the World’s Best Breakfasts
Icelandic breakfast - Oatmeal dihidang dengan taburan gula perang dengan kismis dan kacang.

Swedish pancakes 50 of the World’s Best Breakfasts
Swedish breakfast – Pannkakor (sejenis pancake), dimakan dengan filling buah-buahan.

Hawaii breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
Hawaiian breakfast   

Morocco breakfast1 50 of the World’s Best Breakfasts
Moroccan breakfast -  Pelbagai jenis roti dengan jem, keju, dan mentega.

Spain Pan a la Catalana 50 of the World’s Best Breakfasts
Spanish breakfast – Roti dengan bawang putih segar dan tomato yang ditabur dengan minyak zaitun dan garam serta keju, atau sosej.

Poland1 50 of the World’s Best Breakfasts
Polish Breakfast – Jajecznica, scrambled eggs, pancake tomato dan salad.

Cuban coffee and bread 50 of the World’s Best Breakfasts
Cuban Breakfast – Roti Cuban yang unik ini dibakar, disapu mentega kemudian dipotong menjadi bentuk yang diingini dan dicelup ke dalam kopi.

Iran 50 of the World’s Best Breakfasts
Breakfast in Iran – Roti Naan dengan mentega dan jem serta daging cincang yang dimasak dengan kayu manis, mentega dan gula.

English breakfast 50 of the World’s Best Breakfasts
English Breakfast – Kacang, sosej, bacon, telur, cendawan, hash browns dan roti bakar.

Sumber : http://jennykaleyn.blogspot.com

Pantai Merah di Panjin, China.

Pantai Merah (The Red Bitch Beach) terletak di Liaohe River Delta, kira-kira 30 kilometer barat daya Bandar Panjin di China. Pantai ni jadi kemerah-merahan kerana sejenis rumpai yang hidup subur di tanah yang beralkali. Rumpai tersebut mula membesar pada bulan April dan Mei dan ianya kekal berwarna hijau ketika musim panas tetapi akan berubah kepada warna merah apabila musim luruh berlaku.











Sumber : http://fukkenlol.blogspot.com

Pernah Tak Dengar Pasal "The Real Forever Alone"???

Pernahkah korang rasa sunyi sangat bila bersendirian kat rumah? kampung? taman? kalau pernah, korang mungkin lebih bernasib baik dari Don Sammons ni.

Di Buford, iaitu sebuah pekan kecil di Wyoming, AS bukan ja dikenali sebagai kawasan kurang penduduk malah, disebut sebagai kawasan 'seorang penduduk' yang dihuni Don Sammons. Dia la pakcik berumur 61 tahun, dia la pompuan, dia la kanak-kanak yang ada kat dalam tu.

Walaupun berseorangan dikawasan pergunungan tu, dia tak rasa sunyi pun sebab buat masa skg dia jadi tokey stesen petrol dan kedai runcit.





Sumber : www.mylepak.net

Kelebihan Emas Dari Wang Kertas






Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah
Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka 

Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas 

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. 

Sumber:http://hanief.blogspot.com

TUMPANG LALU...