Nuffnang Ads

Gua Blog

Tuesday, July 17, 2012

Makan De' Mana???
~Snogurt Oasis 9 @ Seksyen 9, Shah Alam...~

Assalam & Salam Sejahtera 'Readers'...
Korang pernah rase tak "FroYo" a.k.a 'Frozen Yogurt'? Die punye rase bagi aku same je macam yogurt berperisa yang ade kat kedai tapi dalam versi beku.. Hehehe... So, ala2 aiskrim yogurt camtu la. 



So, baru2 ni aku ajak la kakak aku try "FroYo" ni. Kalau kat 'area' Shah Alam nih, mungkin senang sikit kot nak dapatkan "FroYo" ni. So, kitorang pun 'try' la "Snogurt" kat Seksyen 9. 


Lokasi Snogurt Oasis 9 ni agak senang nak carik. So, bagi sape2 nak try, boleh la bertandang ke mari. Dengan variasi perisa yang agak banyak, so pening jugak mula2 tu nak pilih.












Tapi kalau kat Snogurt Oasis 9 ni, cume ade beberapa perisa jerk. Tp, tu pun dah memadai bagi aku. Ni antara varian @ 'flavour' yg ade kat Snogurt Seksyen 9.
*Screaming Apple & Original

*Mango Passion & Chic Chocolate

*Kiwi & Wild Berries

*Butter Cookies & Shy Lychee (Pilihan Utama Aku)

So, setakat ni, dah 3 kali aq 'singgah' kt sini. Dengan keadaan kedai yg bersih, kemas n nampak teratur, tambah pulak dengan die punye 'manager' & staf yang memang rajin & ramah melayan pelanggan yg datang, kadang2 rase mcm kami ni dh lame kenal pulak. 
Kalau bawak kanak2, memang ni la tempat pilihan dorang

Kedai sentiasa dlm keadaan bersih

Susunan mesin yogurt yg mudah dicapai 
(budak2 kene menjengkit sikit la)

Pilihan 'topping' agak banyak & menarik

Kalau nk isi 'topping' tu, kene beragak2 sikit... :)

Sesuai utk seisi keluarga (mcm iklan perabot plak)

Hahhh... Ni la 'branch manager' & staf yg aku nk kenalkan kat korang tu... 
Layanan dorang mmg '1st Class'. Terima kasih...(kredit tok dorang)

Suasana & 'interior design' yg ceria & menarik...

Ni la yg menarik minat aku & kakak aku sebenarnye. HeHeHeee... :)

Ni pulak ade promosi sepanjang bulan Ramadhan yg bakal tibe nanti. 
So, kalau2 ade yg berminat, rajin2 lah berkunjung ke sane yer...

So, korang yg dah bace entry aku kali ni ape lagi, jom la ramai2 ke Snogurt. InsyaAllah, korang xkan hampa... :) Nk tau lebih lagi, korang boleh la klik 'link' ni Snogurt Oasis 9 & ni Snogurt Malaysia

Wassalam...

P/S : Rajin2 lah komen pasal entry kali ni yerk sahabat sekalian... :) Terima kasih.

Monday, July 16, 2012

Makan De' Mana? 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers... 
Actually, dah agak lame jugak aku tak tulis entry pasal menu @ makanan yang femes & sedap kat sekitar Malaysia ni. So, kali ni tergerak pulak hati ni nak tulis entry pasal makan2 ni. Yela, sape yg tak suke makan kan? 

So, aku pun 'design' la satu 'trademark' @ senang citer 'cop mohor' utk 'entry' yg berkaitan dengan makan2 ni. So, lepas ni jom singgah & layan dlu entry pasal makan2 yg aq buat khas utk 'readers2' semua. Selamat Meneroka... :)

Perabot Pelik dan Kreatif dari Straight Line

Kalau korang rasa dah bosan dengan perabot empat segi yang setiap hari korang dok pandang tue, mungkin nie entri yang sesuai untuk korang...hehehehe.Ia merupakan hasil rekabentuk dari syarikat Straight Line Design yang berasal dari Vancouver, Kanada.Syarikat nie sebenarnya ditubuhkan dari 25 tahun yang lalu.Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai perabut yang pelik nie korang boleh melawat web diorang kat straightlinedesigns.com

P/S : Sape2 rase berminat dengan perabot2 kat atas nih n nak beli utk musim perayaan ni, boleh la contact2 syarikat ni... :)
Sumber : conteng2kreatif.blogspot.com

Saturday, July 14, 2012

Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau???
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.


Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah .Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

P/S : Ini hanya pandangan penulis dan sumber yang dimaksudkan sahaja. So, fikir2 kanlah logik nye k... :)

Sumber : www.budakladang.com

Tuesday, July 10, 2012


Teh Uncang Berbahaya Kepada Kita!!!


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang Lallakom tahu,
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.


P/S : Sumber artikel ini diambil dari alam maya. Kesahihan dakwaan ini tidak dijamin. So, siapa2 yang ada maklumat, silakan berkongsi.. :)

Sumber : lallakom.blogspot.com

Minuman Termahal Di Dunia!!!

Air minuman merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian..Maklum lah, dahaga ni bukan boleh di buat main-main, kalau boleh, dapat air minuman free lagi bagus, betul tak? Tapi, ternyata ada sebilangan kecil manusia yang rela mengeluarkan wang demi untuk menikmati 5 air minuman termahal di dunia ni..Nak tahu apa jenis air tu, meh usha kat bawah ni..

1. Air Kona Nigari


Untuk sebotol kecil minuman yang berisi 50 ml air Kona Nigari (setengah jumlah air mineral dalam gelas), anda mesti membayar harga lebih kurang Rm 104,000. Air minuman ini berasal dari hasil penyaringan air laut di pesisir laut di Hawaii. Harganya mahal kerana air ini mengandungi banyak mineral dan dipercayai boleh menghilangkan stress, memlancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.


2. Teh Guan Yin


Teh dari Cina ini adalah teh termahal di dunia. Teh Tieguanyin ini namanya diambil sempena nama dewi dalam agama Buddha, iaitu dewi kebaikan, Dewi Guan Yin. Harga teh ini sangat mahal kerana rasanya yang enak dan jarang didapati. Teh ini dijual dengan harga RM 8 Juta per kilo atau RM 49,000  per cangkir teh Cina. 


3. Kopi Luwak



Kopi Luwak dari Sumatra ini berasal dari sisa biji kopi yang diambil daripada najis luwak (sejenis musang). Kononnya kopi ini mempunyai rasa yang sangat kuat kerana telah melepasi proses pencernaan luwak.  Dalam satu tahun, jumlah pemprosesan kopi luwak hanya dalam 250 kilogram, tidak hairan kalau harga kopi ini sangat mahal. Kopi Luwak dijual dengan harga RM 800,00 - RM 4.2 juta per kilo! Wow! 

4. Koktail Diamonds-Are-Forever



Sekilas pandang, air minuman ini nampak seperti minuman biasa, namun, sesuai dengan namanya, koktail yang cuma ada di Ritz Carlton Hotel, Tokyo ini mengandungi 1 karat berlian Bulgari di dalamnya. Jadi, jangan terkejut kalau harga segelas minuman ini berharga lebih kurang RM 36 juta.

P/S : Memang tak la kan kalau nak buang duit untuk bende2 macam ni...HuHuHu..
Sumber : drysheet.blogspot.com

Jambatan Terpanjang di Dunia!!!

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Jambatan Teluk Jiaozhou sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).Ia menghubungkan bandar pelabuhan 
Qingdao dan Huangdao.Jambatan ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan (2007-2011) dan memerlukan sebanyak 10 000 pekerja.

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

Worlds Longest Sea Bridge Opens In China

P/S : Mmg tersangat panjangnye kan...

Sumber : jennykaleyn.blogspot.com

TUMPANG LALU...