Nuffnang Ads

Gua Blog

Wednesday, July 4, 2012


Anda Pernah Nampak Tasik Susu Berperisa Strawberi???
Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.






Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.
Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.
Sumber: Melayukini

Saturday, June 30, 2012

4 Sebab Utama Mengapa Lelaki Memilih Untuk "Single!!!
(Gambar Hiasan Sahaja)

Pasti kebanyakan wanita merasakan bahawa kebanyakan lelaki sukar untuk melalui kehidupan yang single. Ia mungkin benar, tetapi bukan bermakna kesemua lelaki menyetujuinya. Ada juga lelaki yang lebih selesa untuk melalui kehidupan dengan cara ini. Tetapi apakah faktor yang mendorong mereka? Kami akan nyatakan antara beberapa faktor utama mengapa lelaki memilih untuk single..

(1) Kebebasan - Kami tidak menyatakan bahawa perkahwinan menyekat kebebasan seorang lelaki. Malah kami turut menyokong bahawa ia lebih banyak membawa kebaikan terhadap diri mereka. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka memilih untuk single disebabkan atas faktor kebebasan. Ini mungkin disebabkan mereka merasakan belum tiba waktu yang sesuai lagi ataupun melalui pandangan peribadi mereka sahaja.

(2) Keseronokan - Ini mungkin faktor utama yang mendorong lelaki memilih untuk single kerana mereka kurang merasa sifat tanggungjawab. Mereka hanya perlu memikirkan mengenai keseronokan yang dilalui oleh mereka sahaja tanpa memikirkan mengenai tanggungjawab terhadap orang lain.

(3) Terlalu memilih - Kami tidak terlalu pasti sekiranya faktor ini turut termasuk sebagai punca mengapa lelaki memilih untuk single, tetapi ia juga mungkin ada kebenarannya. Setiap lelaki pasti mempunyai wanita idaman yang tersendiri. Disebabkan terlalu menginginkan ciri-ciri wanita yang diidamkan menyebabkan tanpa mereka sendiri sedari bahawa mereka sebenarnya telah memilih untuk melalui kehidupan yang single. Lelaki harus mengetahui bahawa realiti dan fantasi adalah dua dunia yang berbeza.

(4) Komitmen - Sekiranya seorang lelaki menyatakan bahawa mereka memilih untuk single disebabkan atas faktor komitmen terhadap keluarga, kerjaya dan sebagainya, mereka boleh dianggap sebagai hero idaman wanita. Ini disebabkan kerana perasaan tanggungjawab yang ada didalam diri mereka. Tetapi, ia haruslah betul-betul ikhlas, sekiranya ia hanya sekadar lakonan atau kata-kata manis dari mulut seorang lelaki, kami menyerahkan kepada wanita untuk menilainya.



Sumber : www.terbaik.my dan foto dari diarihati.com

Tuesday, June 26, 2012


21 Ciri-Ciri Lelaki Yang Layak Di Jadikan Suami

Kepada yang masih single, sedang bercinta, yang dilema tak tahu nak pilih yang mana satu jejaka idaman, kat sini ada beberapa tips untuk perempuan di luar sana mencari lelaki idaman mereka untuk dijadikan sebagai suami. 

 
Spesifikasi Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami :

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah ok. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh. Kalau hujan basah. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tak adalah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengurat jiran taman sebelah.

7. Dia faham kamu, kamu faham dia. Saling memahami. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis pendiam tak adalah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak adalah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang harganya mahal. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.


18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang-kadang tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak ada la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Kepada golongan lelaki diluar sana, adakah anda termasuk dalam kriteria di atas? Kepada golongan perempuan pula, adakah kriteria di atas cukup untuk si dia menjadi suami idaman anda? Fikir-fikirkanlah...

Sumber : nicknashram.blogspot.com

Kota-Kota Di Seluruh Dunia yang Terletak
pada Kedudukan yang Ekstrim!!!

1. Ronda (Spain)


Terletak di kawasan pegunungan di ketinggian 750 meter diatas permukaan laut. Ronda terletak di Malaga diatas tebing curam berketinggian 100 meter yang bernama " El Tajo " Kota Ini di bangun pada abad ke-18

2. Bonifacio (Corsica): 70 meter Diatas Laut Mediteranian





Bonafacio terletak di selatan pulau Corsica merupakan komuniti terpadat di pulau tersebut. Kota ini terletak di tebing yg berketinggian 70 meter di atas permukaan laut yang dinamakan 'white limestone cliffs'.

3. Castellfolit de la Roca (Spain): 50 meter diatas Tebing Batu Yang Keras & Padat


Kota ini terletak dikelilingi oleh sungai Fluvià dan Toronel

4. Santorini (Greece): 300 meter diatas permukaan laut (High Paradise)


Terletak di 200 km sebelah selatan dari pulau utama di yunani, pulau ini terbentuk akibat letusan gunung api. Pemandangan malam hari dari kota ini sangat menakjubkan.

5. Manarola (Italy): Kota yang Paling Berbahaya Di Itali



Kota ini sangat menyeramkan kerana terletak di tebing yang curam dan terjal. Kota ini telah dibangunkan sejak zaman Roman kuno lagi.

Sumber : mix-rojak.blogspot.com

Kereta Konsep Mercedes Yang Futuristik & Mengancam
Jika kita lihat sekarang, pelbagai cara dilakukan oleh peminat-peminat kenderaan sama ada pacuan 2 roda mahu pun 4 roda. Tidak ketinggalan juga, pembuat kereta turut bersaing dalam membina atau mereka bentuk kenderaan supaya tampak lebih elegan. Antara pembuat kereta yang bersaing ialah Mercedes. Gambar di bawah merupakan rekaan konsep Mercedes mereka. Jom layan gambar.
Sumber: melayukini.net

Tuesday, June 19, 2012


Penting atau Tidak Sarapan Pagi?????



SARAPAN dianggap begitu penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Malah sarapan juga sebenarnya penting untuk diamalkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan menawan.
Ringkasnya, sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan.
Seseorang yang tidak mengambil sarapan kononnya untuk menurunkan berat badan lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.
Tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.
Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.
Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.
“Apabila seorang itu mengalami masalah obesiti ataupun berlebihan berat badan, mereka cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.
“Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, angina (penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas) atau perut tidak selesa, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meninggalkan sarapan.
“Pilihan makanan yang berkhasiat dan bersih amat penting. Pengambilan sarapan perlu dibiasakan bagi individu yang menganggap ia tidak penting,” nasihatnya kepada golongan dewasa yang gemar meninggalkan sarapan setiap hari.
Tambahnya, tubuh badan manusia seperti kereta yang perlu diisi dengan minyak supaya boleh bergerak. Badan kita perlu diisi dengan makanan beberapa kali dalam sehari supaya ia boleh berfungsi secara cekap dan dapat melakukan tugas harian lebih baik.
Kajian untuk membandingkan antara keberkesanan mental dan fizikal terhadap sekumpulan orang dewasa dalam sehari menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan semakin kurang cergas menjelang tengah hari.
“Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.
“Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian.
“Masa yang lama diperlukan untuk menyelesaikan tugasan terutama jika di tempat kerja. Jika tidak bersarapan, kita cenderung untuk mengambil makanan manis untuk meningkatkan tenaga.
“Jika seseorang sedang bekerja dan waktu makan tengah hari belum tiba, pada ketika inilah kita cenderung untuk mengambil makanan yang kurang berkhasiat seperti coklat, kerepek atau makanan ringan lain.
“Di samping itu, mereka akan berasa sangat lapar dan apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka akan mengambil kuantiti makanan yang banyak,” jelasnya mengenai kesan bagi mereka yang malas dan tidak mahu mengambil sarapan sebagai rutin harian.
Sarapan tidak hanya penting bagi mereka yang inginkan berat badan ideal tetapi juga kepada kanak-kanak yang bersekolah.
“Pada waktu pagi, setelah lapan hingga 12 jam semalaman tidak mendapat makanan sewaktu tidur, simpanan tenaga adalah rendah.
“Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.
“Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.
“Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.
“Pengambilan sarapan penting tetapi apa yang mereka ambil atau makan perlu juga dititikberatkan. Memilih sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.
“Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.
“Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantu
menggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah,” jelasnya.
Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.
Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.
FAKTA:
Antara sumber nutrien termasuk:
Karbohidrat seperti bijiran penuh, beras perang, roti bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan.
Protein seperti produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.
Serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah.
Kepentingan bersarapan:
Kecerdasan minda terutama memori yang baik.
Keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, kedatangan ke sekolah dan mood mereka.
Tumpuan dan perhatian yang lebih di dalam kelas.
Pemakanan yang baik secara keseluruhan.
Berat badan yang ideal.
Sumber: hmetro.com.my

Bahaya Bekerja Waktu Malam... Anda Tahu Risikonya???



KINI semakin ramai orang bekerja hingga lewat malam. Remaja pula leka bersembang melalui pesanan ringkas atau melayari laman sosial sehingga dini hari sebelum bergegas ke sekolah. Pengembara pula memilih penerbangan malam untuk menjimatkan perbelanjaan.
Kesan kekurangan tidur ini tidak berhenti pada tersengguk-sengguk ketika memandu saja (yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya). Kajian membuktikan individu yang tidur terlalu sekejap atau tidur pada waktu tidak sesuai berhadapan dengan kesan jangka panjang menggantikan tidur tidak dapat menyembuhkannya iaitu peningkatan risiko mendapat kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain masalah kesihatan.
Menurut Russel Sanna dari Jabatan Perubatan Tidur, Pusat Pengajian Perubatan Harvard, masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah kekurangan tidur dan ia satu isu dan cabaran besar kepada penjaga kesihatan.
Serius manakah perkara ini sehingga ia menjadi kebimbangan pakar perubatan?
Bagaimanakah ia boleh meningkatkan risiko kepada penyakit diabetes yang kini sudahpun menjadi satu wabak di seluruh dunia?
Sejak dulu kajian menunjukkan orang yang tidur kurang daripada lima jam satu malam mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Diabetes yang dimaksudkan di sini ialah diabetes jenis II yang biasanya menyerang orang dewasa.
Malah peningkatan risiko mendapat diabetes ini juga dihadapi individu yang bekerja syif. Berdasarkan laporan pakar sains saraf yang menganalisis rekod Kajian Kesihatan Jururawat, kerja syif melebihi tiga malam dalam tempoh sebulan berselang-seli dengan syif siang atau petang juga akan meningkatkan risiko ini.
Corak pemakanan dan aktiviti fizikal juga menjadi faktor utama untuk penyakit diabetes. Apabila kita penat, memang sukar untuk memaksa diri bersenam atau makan buah berbanding donut terutama jika sampai ke rumah pada jam 3 pagi ketika kita sepatutnya tidur.
Dalam kajian terbaru, menunjukkan bahawa tidur memainkan peranan yang lebih kompleks dalam kehidupan seseorang. Apabila kita kekurangan tidur, ritma biologi badan yang normal akan terjejas menyebabkan berlakunya perubahan fizikal pada badan yang tanpa disedari membantu membuat ‘tangga’ untuk diabetes bersarang dalam badan, kata Dr Orfeu Buxton dari Hospital Wanita dan Brigham
di Boston.
Dia melakukan kajian ke atas 21 sukarelawan sihat yang tinggal hampir enam minggu di makmal dengan pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan cahaya lampu dikawal sepenuhnya.
Pada permulaan, semua 21 peserta mendapat rehat secukupnya. Tetapi selama tiga minggu, mereka hanya dibenarkan tidur selama lima setengah jam sehari pada waktu berbeza sama ada malam atau siang. Ini bertujuan meniru waktu kerja syif yang tidak menentu atau masalah jet lag yang berpanjangan.
Kaedah ini didapati menjejaskan ritma sirkadian badan iaitu jam biologi utama yang mengawal fungsi badan apabila kita mengantuk atau turun naik suhu badan.
Apa yang berlaku memang memeranjatkan. Dalam artikelnya yang disiarkan di Jurnal Perubatan Sains Translasi, Buxton melaporkan, di dapati paras gula peserta meningkat selepas makan, kadang kala mencecah paras pradiabetes. Ini kerana pankreas berhenti mengeluarkan cukup insulin.
Pada masa sama, kadar metabolisme peserta menurun sebanyak lapan peratus. Penyelidik kemudian merancang pemakanan peserta supaya berat badan mereka tidak bertambah tetapi menurut Buxton, dalam keadaan biasa, keadaan ini (kemerosotan kadar metabolisme sebanyak itu) akan menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak 4.5 hingga 5.5 kilogram setahun.
Keputusan kajian ini ada logiknya, kata Pengarah Pusat Tidur, Pusat Perubatan Montefiore yang juga pakar neurologi di Kolej Perubatan Albert Einstein di New York, Dr Michael Thorpy.
“Kita perlu ada alasan yang baik jika mahu menghabiskan satu pertiga masa dalam sehari untuk tidur,” katanya sambil menegaskan bahawa diabetes bukan satu-satunya masalah yang perlu dibimbangkan.
Kira-kira 70 juta rakyat Amerika mengalami masalah tidur yang kronik daripada insomnia hinggalah ke apnea tidur. Tidur yang terjejas sejak dulu lagi dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, obesiti, kemurungan, masalah daya ingatan dan melemahkan sistem imun.
Ada satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan: Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan kerja syif malam sebagai karsinogen kerana terlalu banyak cahaya pada waktu malam boleh menghalang aktiviti hormon untuk membolehkan seseorang tidur dan menindas sel barah.
Tidakkah tubuh seseorang itu boleh mengadaptasi jika dia bekerja syif malam untuk jangka masa yang lama? Dalam hal ini, keadaan individu yang kerap bertukar syif lebih membimbangkan, kata Buxton.
Dalam kajiannya, badan sukarelawan beralih balik kepada keadaan normal selepas sembilan malam mendapat tidur mencukupi (dan tidur pada waktu malam). Hingga kini tiada siapa tahu berapa lama yang diperlukan sebelum masalah kekurangan tidur dan kecelaruan jam biologi akan menyebabkan kerosakan kekal pada badan.
Menurut Thorpy, orang yang memang berjaga malam lebih mudah mengadaptasi apabila dikehendaki bekerja syif malam tetapi mereka akan menghadapi masalah jika disuruh bekerja siang pada hari cuti. Bahkan, didapati hampir 30 peratus pekerja syif malam mengalami masalah tidur selepas pulang ke rumah atau ketika mereka penat. Keadaan ini dipanggil ‘gangguan atau penyakit kerja syif.’
Sehubungan itu, ada beberapa saranan untuk menikmati hidup yang lebih sihat dan sejahtera iaitu:
  • Orang dewasa memerlukan tidur nyenyak selama tujuh hingga sembilan jam sehari.
  • Individu yang bekerja malam disarankan terus tidur sebaik sampai ke rumah.
    Padamkan semua lampu supaya anda tidur dalam keadaan gelap seperti waktu malam.
    Thorpy mencadangkan supaya anda memakai cermin mata kekuningan atau jingga ketika memandu balik bagi mengelakkan cahaya biru daripada memasuki mata dan boleh menyebabkan anda terus berjaga sampai pagi.
  • Biarkan cahaya matahari membantu menyelaraskan jam tidur biologi anda.
    Bagi kebanyakan orang, cahaya matahari pada waktu pagi sangat penting. Bagi yang bekerja syif malam, cahaya terang pada waktu petang akan mengubah jam biologi mereka secara semula jadi.
  • Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk, selesa dan sunyi. Elakkan minum minuman mengandungi kafein, alkohol dan keadaan tegang sebelum tidur. Alat elektronik pula jangan diletakkan terlalu dekat dengan katil. Sebaiknya tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari supaya anda berasa lebih cergas. – AP
Sumber: hmetro.com.my

TUMPANG LALU...