Nuffnang Ads

Gua Blog

Tuesday, July 10, 2012


Polis Muslimah Pertama Bertudung di Sweden


DONNA Eljammal yang berusia 26 tahun, mencatatkan sejarah sebagai polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung ketika bertugas secara rasmi.

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis lama wujud sebelum dirinya memakai tudung.

“Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain dan bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer,” katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi hampir mustahil, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, selepas beberapa perdebatan yang akhirnya membuka minda rakyat.

Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza.

“Saya membesar di pekan PiteĆ„ dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di Pejabat Masyarakat, saya adalah orang pertama yang memakai tudung.

Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadinya seorang Muslimah yang wajib bertudung,” jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan tugasnya tanpa halangan, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.





Sumber : www.kopipesz.com

No comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU...