Mesti korang pernah dengar kan pasal produk myChef... Produk ni merupakan inovasi terkini bagi masakan daripada menu timur & juga barat yang mana ia menggunakan kaedah sejuk beku bagi menjaga mutu, rasa dan kualiti masakan sebelum ianya bakal disajikan. So, bagi warga kota yang sentiasa diburu kesibukan tu, boleh la mencuba produk ini, yang pastinya mudah, ringkas dan semestinya mutu serta rasanya dijamin terbaik.
So, untuk entry kali ni, saya nak kongsikan resepi yang diolah daripada produk myChef iaitu dengan menggunakan produk daripada hidangan Ayam Kalio myChef yang mana resepinya adalah hasil cetusan idea & air tangan chef selebriti Malaysia yang terkenal iaitu Chef Ismail. Maka terhasilah hidangan MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef.
Resepi ni sebenarnya ringkas, enak dan semestinya berkhasiat. Sebelum ni ada terbaca kat muka buku pasal myChefs The Gourmet Blog Challenge yang dianjurkan oleh myChef. So, alang2 try 'menginovasikan' resepi tu, cuba lah nasib dengan hantar penyertaan untuk cabaran tu. Mane tau, ade rezqi... Walaupun saye ni blogger yang baru mula menapak dalam lapangan blogging nih, cuba la juga join.
So, ni adalah bahan-bahan untuk resepi MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef
Bahan-bahannya :
- 1 Kotak produk myChef Ayam Kalio
- 2 Biji Mee Sanggul (dicelur)
- 1 Biji kentang (dipotong dadu)
- 1 Ulas bawang besar (dipotong dadu)
- 3 Ulas bawang putih (dimayang halus)
- 2 Biji telur (Gred A)
- 1/2 biji lada benggala (dipotong dadu)
- 100 Gram sayur campuran (Lobak merah, jagung & kacang peas)
- 70 Gram keju Cheddar
- 2 Sudu besar mayonis
- 2 kelopak kubis
- Sedikit salad, daun ketumbar & tomato ceri sebagai hiasan dan ulam.
- Sedikit minyak Zaitun untuk menggoreng
- Sedikit garam dan lada sulah.
Cara untuk menyediakan MURTABAK SANGGUL KALIO ALA NUSANTARA myChef :
1. Panaskan myChef Ayam Kalio kat dalam microwave untuk 4 ke 5 minit bagi mendapatkan kuah yang sedikit kering. Ia boleh juga dipanaskan di atas kuali biasa dengan api yang sederhana.Kemudian potong sehingga kecil lagi daging Ayam Kalio tersebut (buangkan tulang sekiranya ada)
2. Celur mee sanggul di dalam air mendidih sehingga mee sanggul lembut kemudian toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan sekali 1 camca minyak zaitun dan gaul sebati. Ketepikan dahulu.
3. Celur 100 Gram sayur campuran dan kentang yang sudah dipotong dadu sehingga empuk.
4. Masukkan myChef Ayam Kalio ke dalam mangkuk besar bersama-sama mee sanggul, sayur campuran, kentang serta keju Cheddar. Gaul sehingga sebati dan ketepikan seketika supaya rasa bahan-bahan tadi mesra.
5. Pukul telur bersama sedikit garam, lada sulah, mayonis, lada benggala, bawang putih dan bawang besar sehingga sebati.
6. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan dadar adunan telur yang sudah sebati tadi sehingga separuh masak. Kemudian, tuangkan adunan mee sanggul yang diadun sebati tadi di atasnya dan tutupkan mee sanggul tadi dengan telur yang sedang di dadar tadi seperti membuat roti murtabak.
7. Gorengkan lagi sehingga warnanya bertukar kepada masak kekuningan dan ianya sedia untuk dihidang mengikut kreativiti serta inovasi masing-masing.
So, ni lah dia hasilnya...
Dengan menggunakan produk Ayam Kalio myChef yang
sememangnya enak, berkhasiat,kurang lemak
dan semestinya mudah disediakan...
- Hidangan diatas sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu serta boleh juga dijadikan sebagai pembuka selera, kerana ianya sedap, berkhasiat dan semestinya dapat menambat selera siape pun yang melihatnya. So, ape lagi. Jom dapatkan produk myChef di pasaraya berhampiran anda dan try resepi yang ringkas dan lazat ni. sememangnya enak, berkhasiat,kurang lemak
dan semestinya mudah disediakan...
-Resepi dan entry kat atas ni merupakan penyertaan sulung saye dalam cabaran myChef The Gourmet Blog Challenge yang dianjurkan oleh myChef, Simply Delicious... So, sape2 nak join boleh la klik image kat bawah ni..
Dan jangan lupa untuk klik like untuk resepi ni kat link ni ye...