~8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Kalau Kita Berjalan Kaki a.k.a Berjalan Laju...~
Assalam & Salam Sejahtera "Readers"...
Untuk post yang kali ni, nak "touch2" sikit pasal isu bersenam la pulak. Yela kan, walaupun benda ni sangat mudah untuk dipraktikkan, tapi berape orang je yang praktikkan. Hehehe... Termasuk la diri ni kan. Senaman akan mengaktifkan setiap organ badan kita supaya ia lebih kuat dan semakin aktif. Keaktifan itu akan mendorong penyerapan dan pengeluaran toksik-toksik dari pada badan. Maka kesihatan akan lebih baik dan menyerlah. Salah satu senaman yang paling senang adalah berjalan kaki.
Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula …
Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurangkan risiko 8 jenis penyakit berbahaya. Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan senaman yang tertumpu pada kaki.
1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal kerana perlu mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Stroke
Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja, risiko untuk mereka mendapat stroke menurun sehingga 2/3.
3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan.
4. Melangsingkan Badan
Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada di perut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan la over sangat. Haha...)
5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang nak ditekan kat sini adalah dari jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah pembuangan air besar dengan lebih efektif dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan kaki bukan hanya dapat menyihatkan otot-otot pada badan kita, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari.
7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin berjalan kaki sekitar 6 km/jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes "Type 2", terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigestive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal dengan cara melakukan gerak badan (brisk walking). Maka ubat mungkin tidak lagi diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari penyakit diabetes.
8. Tekanan (Depresi)
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diambil secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kaki lah selalu agar anda tidak murung.
p/s: Semua penyakit datang dan pergi kerana dan izin dari Allah S.W.T. Kita hanya perlu berikhtiar sahaja. Kita berjalan kaki ke kedai makan setiap ari pown ok gak kan :)
Sumber – www.nizarazu.com